CARA BUKA AKAUN BANK ISLAM

Assalamualaikum korang! Harini aku nak share macam mana nak bukak akaun bank islam time tengah² musim covid ni. Prosedur dia sama je macam hari² biasa tapi ada la perbezaan sikit sebab kena ikut SOP.

Ok first, korang kena pergi bank islam. Hahahahah. Pastu bila dah sampai, korang akan terpesona dengan barisan manusia yang beratur panjang walaupun korang dah datang awal. Hmmmmm. Nak buat macam mana, beratur je la...... Ok next!

Korang teruskan je beratur sampailah pak guard panggil korang. Oh jap sebelum aku lupa! Korang kalau nak buat akaun ni make sure umur dah 18 tahun tau. Tapi kalau korang belum cukup bulan nak sampai 18 tahun or takde lesen, kena bawak salinan surat beranak. Kena ada penjaga sekali. Pastu make sure bawak surat tawaran. Kalau korang student uitm, korang boleh bayar yuran kat kaunter tapi kena bawak paparan bil pelajar tau. Ha sambung, pak guard tu akan tanya ada urusan apa, umur berapa, ada lesen ke tak, then tembak dahi.

Time aku, pakcik tu suruh tulis nama, no phone and suhu untuk rekod. Pastu aku tak tau la aku silap dengar ke apa, tapi aku dengar pakcik tu kata "tunggu sini". Haaa ni nak cerita ni. Lepas siap tulis tu aku pun tercongok aje la berdiri kat situ (tempat tulis nama tu). Aku pun pikir "aku kena buat ape kat sini?" Hahahahaha. Jenguk² kaunter semua dah ada orang. Then ada satu kaunter ni takde orang, tapi takde label kaunter berapa. So aku buat dekk je lah. Lama jugak la lepastu, akak dekat kaunter tu panggil, "dik! Kat sini" pastu aku pun menonong la jalan kat dia. Then dia kata "buat ape berdiri kat situ" pastu bagi kad untuk isi maklumat diri. Waktu tu la aku sedar tu kaunter pendaftaran. Aku pun macam Ya Allahhhhhhh! Malu banget y'allllllls. Aku rasa bodoh lagi diperbodohkan.

Ok dahlah pasal ke-dumb-an aku tu. Korang just isi kad/borang yang dia suruh isi. Tapi korang kena bagitau la yang korang nak bukak akaun. Tapi kes aku, akak tu tahu sendiri πŸ˜‚ maybe sebab nampak aku macam budak sekolah galas bag pegang file tengok keliling pastu dahlah pendek. Hah boleh bayang takkkk betapa noobnya lahaii.

Ok then, akak tu akan bagi nombor giliran untuk korang. Bila nombor dah dipanggil tu, sila bergegas ke kaunter yang dinyatakan ye. Kat kaunter tu, korang just follow the flow je. Dia suruh bagi ic korang bagi. Dia suruh sign korang sign. Haaa pastu zass zass siap! Last skali korang akan dapat kad debit and slip pembukaan akaun bank tanpa buku (sbb bank islam tak pakai buku)

ha ni dia suratnya

ni kat debit (aku taktau function nombor kat depan kad ni tapi aku nak tutup jugak tak kira ah)

Ha lagi satu, kalau korang ada nak tanya apa², korang tanya aje dekat abang/kakak kaunter tu. Malu bertanya, sesat jalan, kan? Hmmmmm. Lepas settle dapat kad and surat, dia suruh pergi kaunter khas untuk set up nombor pin. Tapi ikut keadaan la. Maybe ada sesetengah cawangan tu, kat situ buat akaun, situ jugak set up pin. Haaa gitu. Last step, korang kena pegi kat cdm (cash deposit machine) untuk masukkan duit minimum RM100. Kalau korang nak keluarkan balik duit yang korang masukkan tadi, korang cuma boleh keluarkan RM90 sebab lagi RM10 memang kena tinggal dalam akaun tu, takleh usik. Kalau nak usik jugak, aku taktaula. 

Cara nak bank in duit senang aje. Ikut step ni :-
1. Pilih mesin cdm
2. Masukkan kad debit
3. Masukkan no. pin
4. Pilih deposit tunai
5. Pilih akaun sendiri
6. Masukkan duit
7. Ambil resit

Dah siappppp! Senang je kann. Yang payahnya tang beratur tu lah. Huhu

Haaaaa lagi satuuuu. Korang kalau student uitm, nak bayar yuran, boleh bagitau kat kaunter yang buat akaun tadi tu. Nanti dia akan suruh ambil/bagi borang untuk pembayaran bil. Isi borang tu, ambil nombor giliran baru, pergi kaunter yang dinyatakan, bayar dan settle! Tapi ingat, bawak surat paparan bil pelajar sebab kat situ ade tulis nombor bil korang. Korang kena tulis tau nombor tu. Pastu, resit lepas payment tu simpan elok².

Ok tu jelah kot. Macam panjang sangatlah entri kalini heheheh. Hope this helps! πŸ€—

Comments

Popular posts from this blog

I'M BACK!

TORTILLA VS BURRITO?