THEN I MET YOU – Knoob Knitter

Hai assalamualaikum korang! Harini aku nak cakap tentang macam mana aku boleh jumpa dan terjatuh hati dengan hobi baru aku ; mengait! Hahahah aku dulu² kalau sebut je mengait, mesti dalam kepala otak terbayang nenek rambut putih, duduk atas kerusi malas, pegang kayu mengait kiri kanan.

Tulah, mula² nak start mengait ni, aku rasa macam aku tua gila hahahah. Tapi lepas buat research, tengok tutorial hape semua, ramai je pemuda pemudi yang jadi knitters ni. Hokey la kannn.

So berbalik kepada tajuk, aku mula² dulu amazed, impressed dengan permaisuri agong sebab terer buat crochet. Huii minat betol lah! Lepas tu terus aku cari tutorial crochet for beginners.

Tapi something yang berjaya caught my attention, bila search je pasal crochet, mesti akan keluar pasal knit jugak. Dua benda alah ni nampak sama tau, tapi tak serupa. Then lepas observe dorang, aku decide nak start dengan knitting dulu. Why? Sebab knitting lagi simple dari crochet. Lagi satu, aku rasa bahagia je tengok tutorial dia. Kalau crochet, aku rasa tertekan weh. Sebab step dia tu punya complicated, yarn over yarn apetah. So aku takleh stress stress ni, aku nak hepi hepi je. Maybe bila aku dah master knitting ni, baru boleh belajar crochet kot? Hahah!

Masa mula belajar, aku takde lagi dia punya equipment. So apa aku buat, aku survey kat shopee. Kenapa perlu survey dulu? Yes! Sebab kena cari yang paling sesuai (dan murah) 😂 Tapi weh, barangnya dari china. Lambettt lah nak sampainye. Lagi² dengan pkp nya.

Aku tak sanggup weh, tengok tutorial dia syok je orang tu hayun kayu tu kiri kanan atas bawah. Aku mampu hayun tangan kat atas angin je :') So aku pergi dapur aku rembat chopstick, benang dia aku pakai benang mr diy tu. Nampak tak dia punya semangat waja tu hahah!

disclaimer : benang kecik² tu embroidery floss sebenarnya, tapi aku letak situ sbb taknak nampak kosong sangat.

Memang mula² mencabar gila pakai chopstick tu, sebab hujung dia bulat je, tak tajam macam knitting needles. Aku terpaksa buat cast on berpuluh puluh kali sebab chopstick tu licin. Pulak tu bila dah masuk row seterusnya, benang tu terlucut! MashaAllah memang menguji kesabaran betul! Bila jadi macam tu, berasap jugak aa kepala. Berminggu-minggu aku ambik masa nak stabilkan balik perasaan. Kecik hati tau. So alhamdulillah la berjaya 😂

So aku nak buat swatch kecik aje, tapi tulah first timer kan, hampir sebulan kot baru boleh sampai kat situ -.-

Ok ni time dah siap swatch tu. Kalau korang perhatikan, ko boleh nampak liku liku kehidupan dan lobang lobang ujian kat situ. Buruk bebeno ><

But thennnn, cinta hati pengarang jantong gua dah sampai!! Yeheeeee

Haritu aku dapat, hari tu jugak aku label saiz dorang 😍

So ni second time aku buat projek mengait ni, pakai jarum baru ^^ Still nampak lobang cacat cela. Tapi takpe...

Ni nama dia seed stitch. Gabungan knit stitch dengan purl stitch. Korang kalau nak belajar jugak knitting ni, dia cuma ada dua main stitch je tau (setakat yang aku tahu la), knit stitch dengan purl stitch. Boleh tengok kat youtube 😉

Ok doneee! Disclaimer : Aku tak buat katak tu, aku cuma pinjam muka dia je sbb nak letak ribbon. Heheh. Sebab kalau aku pegang, nampak buruk...... Hmmmm

Ok tu je la kot hehe. Thank you sudi spend masa baca entri entah apa apa ni ;)

Comments

Popular posts from this blog

CARA BUKA AKAUN BANK ISLAM

I'M BACK!

TORTILLA VS BURRITO?