Posts

My middle night thoughts

Hello peeps. Here I am, selepas berkurun lamanya tak update. Ada banyak benda aku nak share, tapi tulah, niat je.  I'm currently at campus right now. Esok jadual pack, dah tengah malam, supposedly kena tidur. But I feel like nak cakap2 kat sini. Recently I had the thoughts untuk berhenti. Berhenti dari course yang aku ambil ni. Course apa? Diploma in Culinary Arts. Yes I know, some might say "eh diploma je kot, belum degree" or something like "eh kulinari je, masak2 je, tu pun takleh tahan? Lemah" Alangkan aku nak masuk culinary ni, ramai yang persoalkan sebab spm aku pure science. Tapi... generally aku boleh cakap, aku tak minat science? Chemistry aku minat, tapi not biology, not physics, not addmath. Aku minat masak2 ni. Atau lebih spesific, baking. Masak campak2 ni aku kureng sikit. Tapi aku fikir, why not ambil culinary, scope dia besar sikit, boleh belajar semua - kitchen dengan baking. So tahun 2019 aku dengan confidentnya letak dip culinary as first choic...

THEN I MET YOU – Knoob Knitter

Image
Hai assalamualaikum korang! Harini aku nak cakap tentang macam mana aku boleh jumpa dan terjatuh hati dengan hobi baru aku ; mengait! Hahahah aku dulu² kalau sebut je mengait, mesti dalam kepala otak terbayang nenek rambut putih, duduk atas kerusi malas, pegang kayu mengait kiri kanan. Tulah, mula² nak start mengait ni, aku rasa macam aku tua gila hahahah. Tapi lepas buat research, tengok tutorial hape semua, ramai je pemuda pemudi yang jadi knitters ni. Hokey la kannn. So berbalik kepada tajuk, aku mula² dulu amazed, impressed dengan permaisuri agong sebab terer buat crochet. Huii minat betol lah! Lepas tu terus aku cari tutorial crochet for beginners. Tapi something yang berjaya caught my attention, bila search je pasal crochet, mesti akan keluar pasal knit jugak. Dua benda alah ni nampak sama tau, tapi tak serupa. Then lepas observe dorang, aku decide nak start dengan knitting dulu. Why? Sebab knitting lagi simple dari crochet. Lagi satu, aku rasa bahagia je tengok tutorial dia. Kal...

CARA BUKA AKAUN BANK ISLAM

Image
Assalamualaikum korang! Harini aku nak share macam mana nak bukak akaun bank islam time tengah² musim covid ni. Prosedur dia sama je macam hari² biasa tapi ada la perbezaan sikit sebab kena ikut SOP. Ok first, korang kena pergi bank islam. Hahahahah. Pastu bila dah sampai, korang akan terpesona dengan barisan manusia yang beratur panjang walaupun korang dah datang awal. Hmmmmm. Nak buat macam mana, beratur je la...... Ok next! Korang teruskan je beratur sampailah pak guard panggil korang. Oh jap sebelum aku lupa! Korang kalau nak buat akaun ni make sure umur dah 18 tahun tau. Tapi kalau korang belum cukup bulan nak sampai 18 tahun or takde lesen, kena bawak salinan surat beranak. Kena ada penjaga sekali. Pastu make sure bawak surat tawaran. Kalau korang student uitm, korang boleh bayar yuran kat kaunter tapi kena bawak paparan bil pelajar tau. Ha sambung, pak guard tu akan tanya ada urusan apa, umur berapa, ada lesen ke tak, then tembak dahi. Time aku, pakcik tu suruh tulis nama, no ph...

I'M BACK!

Image
Assalamualaikum korang! Lama betul eh aku menyepi. Sendiri eksaited buat blog pastu sendiri krik krik. Hah helokkk lah. Wowocikeshik sangat. Tapi sebenarnya kan, banyak betul benda nak luahkan, nak share. Tapi takpe, ada benda kita kena simpan je, ada benda kita boleh share. Kannn? Pastu korang, kalau ada baca post aku sebelum² ni, sorry tau kalau bahasa dia gedik semacam. Aku bila baca balik pun aku cringe dengan diri sendiri. Tapi aku taknak delete post tu, sebab.... Alah ada lah cite dia hahaha. Anyway, keputusan UPU dah keluar. Alhamdulillah dapatlah further study kat UiTM Dungun.  sumber gambar : https://www.mynewshub.tv/terkini/121-pelajar-baharu-daftar-di-uitm-dungun-sesi-20142015/amp/ So sekarang ni aku agaklah sibuk nak prepare dokumen² yang diperlukan. Ok tu jelah kot untuk sekarang hahaha. Till then, baii!

CHEESECAKE COOKIES

Image
Assalamualaikum and hola! So harini nak share satu resepi biskut, simple aje. Sebenarnya aku buat ni sbb ada leftover cream cheese buat new york cheese cake haritu. So aku pun google la 'what to do with cream cheese' kan sbb takut expired. So aku scroll² pastu nampak resepi ni. Pastu aku pun macam phewwwwittttt! Unik betul!! So macam ni la ghupe dia (versi aku la) lagi dan lagi So jum? Kita usha resepi? Bahan - bahan :- • 115g cream cheese (suhu bilik) • 113g salted butter (kalau ada unsalted pun takpe, tambah ¼ sudu kecik garam) • 125g tepung • 135g gula • Dark chocolate compound (aku pakai beryl's punya yang bentuk coin tu, campak dalam food processor sampai dia jadi chunky gitcheww) Cara - cara :- 1. Panaskan oven 180°C 2. Pukul cream cheese sampai jadi creamy. (Nak pakai electric mixer pun boleh, aku pukul pakai spatula je, nak pakai senduk kayu pon takdehal) 3. Pukul butter dan gula, pun sampai creamy. 4. Tambah tepung. Kacau sekata....

CHIMKIN BUTTER

Image
Hai assalamualaikum! Bertemu lagi kita di episod yang ke-3 hahahaha, chicken butter!  Apooo 😂 Ok semalam my family puasa, tapi aku tak. So mak suruh aku masak sendiri kalau nak makan. Jadi aku try la buat menu ni  Banyak betul kuah dia. Aku mmg kalau makan apa² kena kuah banjir huhu So without further ado, let's get started! (WARNING : aku tak letak daun kari dengan cheddar cheese sebab....takde. Musim pkp ni mana boleh demand sangat) Resepi chicken butter versi bahan tak cukup 😌 Bahan - bahan :- • 2 sudu besar butter (salted/unsalted) • 3 biji cili padi (kalau suka pedas boleh lebihkan) • ½ tin susu cair  • garam • gula • black pepper Bahan perap :- • 3 bahagian isi ayam • ½ sudu kecil gula • ½ sudu kecil garam • 1 sudu besar serbuk kari • 1 sudu besar tepung/tepung beras • 1 biji telur Cara - cara :- 1. Satukan bahan perapan dan perap selama 1 jam. 2. Goreng ayam yang telah diperap sampai jadi golden brown. Ketepikan 3. Dalam kuali, cairkan butter. Tumis c...

TORTILLA VS BURRITO?

Image
Hola everything! Harini ada buat mende alah balut² ni, tak pasti tu tortilla ke burrito, pasal tu la tajuknya macam tu? 🤔 Ha ni lah rupa bentuk dia! Nyummm Tapikan selalu jgkla tengok youtube channel epicurious, yg dia buat 3 level chef (amateur, homecook, pro). Pstu ada satu episod ni, katanya buat burrito. Pastu pakai tortilla. Ha start situ la bingung, mende ni nama apa sebenarnya 😂 Eh tak habis lagi pasal tu. Ok dah, nah resepi :- Resepi tortilla/burrito version memandai + derhaka sikit - Ayam (nak pakai daging ke, nugget ke terpulang) - Campuran tepung goreng (aku beli yang dah siap je, tapi kalau nak buat sendiri pun takpe. Tapi kalau malas macam aku, tu je la alternatifnya 😂) - Sayur (timun, salad, tomato ikut suka) - Mayonis - Sos cili 1. Ok mula², masukkan air dalam tepun campuran tu. Tapi make sure jangan cair sangat tau. Asalkan consistency dia just nicee jurrrr. 2. Ayam yg dah berenang dalam bancuhan tu, kita bedakkan pulak dalam breadcrumbs (kite skip step n...